singgah santai
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Selamat Datang ke Forum SS..singah dan santai.
Rehat dan Relaks kan minda..
kepada guest sila mendaftar dan mari berkenalan.

singgah santai

marilah menyinggah dan berehat sebentar..
 
HomePORTAL/GAMESCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Assalamualaikum forum Singgah Santai dibuka sekarang..Selamat melayari dan berposting.. kira ingin bermain permainan sila tekan Portal di toolbar atas..
Lagu hari ini...
Photobucket
VIDEO SANTAI
santai shout
Top posters
speed (285)
 
fly (257)
 
nurinmadihah (124)
 
Abg RE (123)
 
rynn_03 (59)
 
wanx (49)
 
bruce (48)
 
joe_shaper (46)
 
Wira_Puteh (40)
 
tunjang (39)
 
Latest topics
» Panggilan Belum : the return
Fri Feb 22, 2013 2:31 pm by fly

» Bunga & yoss (serasi)
Thu Feb 21, 2013 11:08 pm by tunjang

» tembak waterfall di sg tekala.
Wed Feb 13, 2013 10:52 pm by Admin

» selain tajuk landskap
Wed Feb 13, 2013 10:43 pm by Admin

» TT kat Bangi
Wed Feb 13, 2013 2:19 pm by fly

» road to brinchang
Sat Nov 27, 2010 11:08 pm by fly

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 1:03 pm by krulayar

» haku pon nak main ngan cahaya gak...first try....
Fri Aug 13, 2010 12:01 pm by fly

» album suka suki...
Thu Aug 12, 2010 8:02 am by tunjang

» hangpa nak habaq pa? meh sini...
Thu Aug 12, 2010 7:56 am by tunjang

Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Social bookmarking
Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of singgah ngail on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of singgah santai on your social bookmarking website
facebook
Keywords
semasa

Share | 
 

 Kesihatan dan Petua

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 35

PostSubject: Kesihatan dan Petua   Tue May 04, 2010 12:27 pm

Petua Saluran Darah Tersumbat[u]


untuk ubat saluran darah tersumbat atau bagi urat darah terus hidup dan urat darah tumbuh baru, bagi saluran lain tersumbat apa yang tersumbat dalam badan manusia petuanya minum satu sudu minyak zaitun satu hari atau satu minggu dua kali, nak rasa sedap satu sudu minyak zaitun campur satu sudu air lemon ( sunquick botol hijau) insyaallah mujarap.
Back to top Go down
View user profile
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 35

PostSubject: Re: Kesihatan dan Petua   Tue May 04, 2010 1:00 pm

Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah

Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat.

Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan. Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.

Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.

Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;

2 biji telur ayam.
1 sudu makan madu asli.
1 biji limau nipis.
Segenggam daun bayam

Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;

Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.

Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.

Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.

Tumbuk dahulu daun bayam.

Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.

Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.

Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.

Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar.

Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali.

Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi. [u]
Back to top Go down
View user profile
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 35

PostSubject: Re: Kesihatan dan Petua   Tue May 04, 2010 1:10 pm

Khasiat Mengkudu

Anda yang mengalami masalah jerawat batu tentunya tengah risau sekarang ni, kan?

Sebab saya dapati ramai benar yang inginkan petua menghilangkan jerawat batu. Malah kalau anda nak merawat jerawat biasa pun boleh.

Takde masalah. Kali ni bahan utama yang anda perlukan adalah daun mengkudu. Tapi anda perlu pilih bahagian pucuknya yer.

Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.
5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi. Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.

Selamat Mencuba! [u]
Back to top Go down
View user profile
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 35

PostSubject: Re: Kesihatan dan Petua   Tue May 04, 2010 1:14 pm

Kelebihan Halba

Rasulullah saw bersabda : 'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung,sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lender tekak - Melegakan sakit kepala/ migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Senggugut - Merangsang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah - Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh - kecergasan - kekuatan badan - Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu - Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya. [u]
Back to top Go down
View user profile
nurinmadihah
PENGUSHA KOLAM
PENGUSHA KOLAM


Posts : 124
Points : 169
Reputation : 3
Join date : 2010-04-10
Age : 35

PostSubject: Re: Kesihatan dan Petua   Tue May 04, 2010 1:16 pm

1001 kebaikan pisang[u]

Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan

pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembalin tenaga.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kesihatan dan Petua   Today at 11:55 am

Back to top Go down
 
Kesihatan dan Petua
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
singgah santai  :: FORUM :: BORAK SANTAI-
Jump to: